Tuesday, April 7, 2009

2 BUKIT, 5 FAKTOR

Saya telah agak lama menyepi dari menulis, kemungkinan letih atau bosan dengan isu semasa yang retorik. Ada kawan2 menyimpulkan saya sibuk berkempen, tapi sebenarnya saya ingin menulis perkara yang lebih mendalam dan asas dalam perjuangan UMNO sendiri

Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah malam tadi, tiba2 terlintas di fikiran saya untuk menulis tentang kekalahan ketiga BN kepada PKR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau..Memang telah diduga BN akan ditentang keras oleh parti pembangkang, tapi saya bersikap positif pada awalnya tentang kejayaan BN di dua bukit ini

Mungkin harapan dan ramalan saya ini dipengaruhi oleh faktor peralihan kuasa yang baru berlaku dan penyertaan hero UMNO (TUN) ke pangkuan UMNO. Saya dan beberapa orang kawan telah berada di dua bukit ini dalam masa berkempen,..jika dilihat kepada calon, senario, persepsi penduduk tempatan, persekitaran dan isu2 yang diketengahkan, ia seperti memperlihatkan kemenangan berpihak kepada BN…namun semua itu hanyalah indikator , yang menentukan adalah peti undi itu sendiri dan mood pengundi di saat2 akhir…

Jika kita renungkan punca kekalahan BN pada kali ini di dua bukit ini adalah disebabkan beberapa faktor :

1. Faktor pengundi Cina dan atas pagar yang tidak memihak kepada BN

2. Jentera pilihanraya BN yang kurang efektif dan aggresif, terutama dari sayap Pemuda dan Puteri. Jika dilihat kepada jentera pembangkang di hari pengundian, memang jentera pilihanraya BN nowhere dan tidak memperlihatkan semangat dan kesungguhan.

3. Bilik Gerakan Pemuda BN cukup meriah dan kelihatan cukup mewah..Lambakan kereta2 mewah (macam NAZA World) dan imej elitis yang ditonjolkan Pemuda BN khususnya Pemuda UMNO mengundang rasa inferior dan meluat di kalangan penduduk kampung setempat. Perasaan meluat itu diterjemahkan melalui undi kepada pembangkang.

4. Tiada koordinasi yang mantap dintara jentera pilihanraya BN. Masing-masing dengan strategi dan persepsi tersendiri dalam menentukan kemenangan BN.

5. Pemimpin UMNO setempat yang tidak memberi kerjasama yang baik dan mungkin terselit elemen-elemen sabotaj.

Mungkin 5 faktor saya ini dipandang mudah dan remeh oleh sesetengah cerdik pandai UMNO, namun SESEBUAH KEJAYAAN ITU DICAPAI MELALUI ASAS-ASAS YANG KUKUH...sepertimana kita orang Islam, asas kita adalah berpegang kepada RUKUN ISLAM,...maka kita tidak akan mudah terpesong dari landasan yang sebenar. Apa yang boleh disimpulkan, BN dan UMNO tidak belajar dari kesilapan dan kekalahan yang lalu, kerana faktor-faktor inilah yang juga menjadi punca utama kekalahan BN di Kuala Terangganu.
Saya bersetuju dengan cadangan Timb Presiden UMNO untuk menubuhkan badan bebas dalam melakukan ”POST-MORTEM” kekalahan ini, dan menjadi harapan laporan itu bebas, bernas dan tulen mencari masalah dan faktor kekalahan BN yang sebenar...ini kerana laporan2 post-morterm sebelum ini adalah bias oleh pihak tertentu dan tidak berpijak di bumi yang nyata kerana takut dan menjaga periuk nasi masing-masing....FIKIRKANLAH

2 comments:

  1. setuju dgn beberapa ulasan saudara. tapi saya ada beberapa soalan utk tuan jwb:
    1. mengapa agaknya pengundi atas pagar dari kaum cina pilih pas?
    2. apa kelebihan pendekatan pemuda pas/pkr berbanding pemuda/puteri umno/bn?
    3. agaknya dah terlewat utk umno/bn reform?

    ReplyDelete
  2. Salam bro,

    he heh..! rasanya kalau nak disenaraikan faktor2 kekalahan bn ni bukan 5 sj... byk lagi kut?? lepas kalah kat kt dulu saya pun ada jgk buat ulasan dlm blog dgn posting: 'masih marah atau sudah jatuh talak'... hmm.. nampak mcm dah dijatuhkan talak jer!

    ReplyDelete