Monday, July 20, 2009

PENJAWAT AWAM & ILMU HISAB


Saya tertarik dengan tulisan yang disiarkan didalam akhbar berbahasa Cina Sin Chew Jiit Poh yang bertajuk Pegawai Kerajaan Markah “Sifar” Dalam Matematik Ruangan: Opinion Corner ms 22 Tarikh: 14hb Julai, 2009 (Selasa)

Pelbagai ulasan dan komen yang diberikan oleh masyarakat terutama penjawat awam yang merasakan diri mereka terhina dengan tulisan seperti ini...Seperti yang memang saya jangkakan, rata-rata penjawat awam melenting dan marah dengan si penulis dan menyifatkannya sebagai tulisan yang tidak bermoral...dan ada pula menyifatkan tuduhan seperti itu berat sebelah dan tidak berasas....

Saya sempat membaca terjemahan rencana tersebut dalam Bahasa Melayu..Beberapa isu diutarakan dari isu harga siling, PPSMI hingga kepada isu Rebet tol oleh kerajaan. Namun apa yang menariknya, isu yang diutarakan dipersembahkan dalam bentuk bahasa dan penyampaian yang mudah difahami...Jika dibuat kesimpulan, si penulis seolah-olah menyatakan bahawa Penjawat Awam tidak bijak dalam menguruskan kewangan negara dan banyak perkara-perkara yang dianggap membazir dan tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat....

Kepada penjawat awam, jangan terlalu ”Defensive”......Jangan melihat sesuatu perkara itu dari suatu sudut sempit sepertimana kebiasaan..cuba lihat dari sudut yg berbeza dan ambil iktibar dan perbaiki kelemahan yang ada (jgn syok sendiri) ...Cuma dengan perkhidmatan dan dasar yang relevan dan baik sahaja boleh menjawab segala tohmahan seperti ini...bukan dengan melenting dan bertindak balas dengan cara yang negatif....Kita perlu sedar dan faham, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yg mana membenarkan mana-mana rakyatnya bersuara untuk keadilan bersama...dan prinsip ini juga yang didokong oleh Penjawat Awam di seluruh negara, tepuk dada tanya selera.....

Tuesday, July 7, 2009

KHAIRY......MY WAY



Dalam sibuk orang bercerita tentang PRK Manek Urai, ada pula berita tentang masalah pasukan bola sepak UPB MY-TEAM. Semua maklum yang pengasas kepada pasukan ini adalah saudara Khairy Jamaluddin yang mana pada suatu ketika dahulu telah mencetuskan satu transformasi dalam mencari bakat pemain bola sepak tempatan menerusi rancangan realiti TV-nya...

Terbaru, pasukan yang ditubuhkan atas idea dan usaha KJ ini kini berdepan dengan masalah dalaman dan behasrat menarik diri dari saingan Piala Malaysia.. Suka diingat, saudara KJ sendiri adalah Presiden Kelab yang juga merangkap Timbalan Presiden FAM, merangkap Ahli Parlimen Rembau dan juga merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia!!!!!..

Mengikut FAM. pasukan ini akan diambil tindakan jika menarik diri dan ia sedikit sebanyak akan menjejaskan kredibiliti KJ sebagai pemimpin ’multi-tasker’ dan ”maha-hebat” lulusan Universiti Oxford....

Sudah jatuh ditimpa tangga, jelas KJ gagal dalam menguruskan pasukan bolanya dengan baik..Itulah lumrah menjadi insan yang bergelar pemimpin...Seketika disanjung dan ada tikanya dicemuh dan dimaki...namun semua bergantung kepada bagaimana cara kita mendapatkanya....adakah dengan cara yang telus atau dengan cara yang tidak disenangi masyarakat.... ’Politic is all about Power”

Persoalannya kini, jika tugas sebagai Presiden Kelab bolasepak kerdil juga behadapan kegagalan, bagaimana pula dengan tanggungjawab sebagai KP UMNO dan MP Rembau yang mempunyai ribuan ahli/ rakyat dan tanggungjawab yang lebih besar dan memegang amanah rakyat ??????????????

Atau KJ boleh pergi cari kerja lain!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SPR DAN AKTA KESALAHAN PILIHANRAYA

Saya tertarik dengan tulisan di blog Penasihat Undang-Undang UMNO yang bertajuk Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai : Sedikit Analisis. Di dalam tulisan beliau, ada dinyatakan tentang isu-isu yang dilihat remeh tetapi sebenarnya melanggari Akta Kesalahan Pilihanraya, 1954 dan patut diberi perhatian....

Apa yang menarik, perkara ini telah lama berlaku di setiap pilihanraya kecil yang berlangsung di negara kita..Dari PRK Ijok hinggalah ke PRK di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, aktiviti seperti mengantung bendera, poster, banner (bukan calon/ bukan parti bertanding) dan mendirikan markas parti yang bukan bertanding adalah kebiasaan dan rutin kepada pakatan pembangkang...Dari pengamatan dan pengalaman saya berada di PRK terdahulu, parti pembangkang seolah-olah terlepas dari sebarang peraturan dan undang-undang, maka itu mereka dengan sesuka hati melakukan apa sahaja tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.....

Menjadi persoalanya sekarang, kenapa perkara ini masih terus berlaku tanpa sebarang pemantauan dan penguatkuasaan .. Adakah pihak yang berwajib tidak maklum dan arif tentang Akta Kesalahan Pilihanraya, 1954 atau mereka dengan sengaja butakan mata dan pekakkan telinga,,,,atau mereka ini sendiri dari golongan2 yang tidak menyokong kerajaan..????????????

Tepuk dada, tanya selera.....................

Tuesday, June 30, 2009

NIK AZIZ aka TOK GURU

Apa kehalnya dengan tok guru sorang nie..tak pernah menyesal dan taubat dengan apa yg pernah dia buat...Asyik bagi statement yang kurang enak kita dengar dan menyesatkan/ memesongkan orang Islam di negara ini...Fitnah, tohmah dan putar belit Islam adalah game biasa bagi orang2 PAS terutamanya Tok Guru sorang nie...Yang terbaru beliau menyamakan UMNO dengan ajaran Ayah Pin dan Parti Komunis

Kepada mereka-mereka yg terlalu taksub kepada pemimpin sorang nie, pikir dengan mengguna mata hati dan bukan dengan kepala lutut.....Kerana apa yang kita lihat sekarang, penyokong2 nya terlalu taksub dan seolah-olah tok guru nie terhindar dari melakukan sebarang dosa (bersifat maksum)....tanpa sebarang usul periksa, semua yg tok guru kata adalah benar belaka dan berlandaskan hukum dan nas...

.Saya percaya ada juga dikalangan ahli PAS yang naik meluat dengan perangai tok guru sorang nie....Ada yang kata semua nak kena dengar kata dia, tak boleh kata tidak....Bagus sgt ker tok guru nie, tapi kalau kita kaji di Kelantan dari tahun 1990 hingga 2009 takder apa yang hebatnya pun, dok sama jer dari dulu sampai sekarang.....

19 tahun bro....bawah pimpinan tok guru. Semua takder perubahan dari aspek ekonomi, sosial dan pentadbiran...Hukum Hudud yg dulu jadi agenda perjuangan PAS jangan dok mimpi lar..hilang ditelan zaman...sekarang nie dok sibuk berpakat dengan kafir

Jadi dimana letaknya kehebatan Tok Guru, mungkin dari kepakaran memutarbelit Islam demi kepentingan politiknya....itu sahaja hebatnya...Nak pesan kepada Tok Guru, cukuplah dengan segala apa yang pernah beliau buat sebelum ini, jangan kelirukan dan pesongkan umat Islam di negara ini dengan statement2 yang menyesatkan...Kepada ulama-ulama di negara ini juga, jgn terlalu play-safe...kalau dah tahu salah cuba perbetulkan...
Persoalanya kini, adakah Nik Aziz benar-benar pemimpin bergelar Tok Guru atau ??????....tepuk dada tanya selera

Tuesday, May 26, 2009

KOMUNISME AGENDA SIAPA

Jangan kurang ajar dan jangan sampai orang melayu hilang sabar....itu luahan dan keluhan orang-orang Melayu yang saya ketemui selepas isu komunisme ini timbul.Pelbagai persoalan dan kekeliruan timbul di kalangan masyarakat negara ini berhubung isu memertabat pejuang komunis ini...Sebenarnya isu komunis ini perlu ditanganu dan difahami dengan lebih mendalam untuk kita faham kenapa ia boleh berlaku...

Kini di Malaysia kalau kita lihat ada 2 generasi yang wujud...yang pertama generasi pra-merdeka dan generasi merdeka, mereka2 yang tergolong di dalam generasi ini lebih faham dan maklum ttg keperitan, kepayahan,kesengsaraan dan penderitaan terutamanya org2 Melayu ketika komunis berkuasa. Golongan ini sebenarnya adalah golongan yang diajar dan belajar dari pengalaman hidup ketika itu....generasi kedua pula adalah generasi XY, yang wujud ketika era pembangunan dan kemodenan sedang melanda negara..kebanyakkan golongan ini adalah anak-anak muda yang mudah terpengaruh dan terpesong akidah perjuanganya jika ditaji dengan perkara-perkara baru....Golongan ini adalah mereka yang mudah terpengaruh untuk menyokong perjuangan Komunis Maya yang kini bangkit semula melalui pelbagai kaedah di alam siber termasuk laman web, blog dan facebook. Antara lain ia juga dicetuskan oleh budaya pop dan kecenderungan menerima segala yang alternatif dan anti-establishment

Walaupun sesetengah berkata bahawa ia adalah sebahagian proses dari kehidupan sebagai anak muda, namun ia cuba dan telah dieksploitasi oleh elemen subversif di negara ini. Jesteru itu, ia tidak boleh diambil ringan kerana pendirian orang muda begitu rapuh dan minda mereka mudah menyerap apa saja. Inikan pula bila IT diperguna sebagai medium yang mana memang sebati dengan budaya hidup orang muda kini...

Jika kita meninjau sekitar lokasi orang muda di KL ini, dengan mudah kita boleh lihat pemakaian t-shirt dgn cetakan imej komunis seperti
che guevara, mao tse tung dan red star yang mana semua pengaruh2 halus bagi menguasai pemikiran anak-anak muda.

Apa yang berlaku ketika ini adalah percubaan golongan tertentu untuk memanupulasi keadaan akibat kegoyahan politik Melayu. Memang diakui, kerajaan BN kini semakin hilang kepercayaan dan sokongan oleh golongan muda, buktinya cuba dilihat kepada keputusan PRU 12 yang lepas untuk saluran 3 dan saluran 4..jumlah undi semakin menurun kepada BN...

Amat berbahaya dan cukup licik sekali strategi dan perancangan golongan tertentu untuk melemahkan lantas memusnahkan kerajaan sedia ada. Perkara ini perlu diambil perhatian dan serius oleh BN, terutamanya sayap parti itu seperti PEMUDA BN dan PEMUDA UMNO....Cuba kita bayangkan bilamana anak2 muda ini mewarisi kepimpinan negara negara kita kita 20 tahun akan datang?????mungkin ketika itu kita lihat orang Melayu seperti melukut di tepi gantang di negara sendiri...think

Monday, May 25, 2009

NIZAR KENA DAULAT SULTAN

Sebagai orang Melayu yang masih berpegang kepada tradisi , kita maklum bahawa Sultan adalah benteng kepada pertahanan maruah orang-orang Melayu...Saya masih ingat, ketika kecil saya dipesan oleh nenek saya untuk taat dan setia kepada Sultan yang memerintah, jangan sesekali menderhaka kepada Sultan kerana Daulat Sultan akan membawa bala bencana kepada kita dan negara....Sultan seumpama jiwa dan roh orang-orang Melayu dan ketua negara dan agama..

Setelah 30 tahun berlalu, pesanan nenek kepada saya itu menjelma. Apa yang kita lihat dan dengar di dalam krisis politik Perak menggambarkan dan merealitikan pesan nenek itu..Kalau dilihat dari mata kasar, memang benar kegagalan Nizar untuk menjadi MB Perak adalah atas dasar perundangan.....Tetapi jika secara tersiratnya, setelah mana Nizar dengan angkuh mempersoal keputusan Sultan dan melakukan protes derhakanya kepada Sultan di Bandar Diraja Kuala Kangsar, ia menampakkan kesanya...

Nizar pada awalnya menang dalam pusingan pertama di Mahkamah Tinggi, dengan angkuh berkata kuasa rakyat sudah dikembalikan...namun bagaimana dengan suara Sultan yang mana menjadi payung rakyat, Masuk 2nd round (Mahkamah Rayuan), Nizar kena belasah (3-0 memihak kepada BN)....kalau diikutkan, Nizar diwakili oleh peguam-peguam handal yang mahir dalam mencari kesilapan teknikal dalam aspek perundangan negeri Perak. Kalau memang sudah pada awalnya Sultan titah Zambry jadi MB Perak yang sah, itulah keputusanya..jangan pula nak tunjuk hero dan cabar sultan di mahkamah....Bai jual roti pulak nak saman Sultan di Mahkamah, tak pasal-pasal jatuh tergolek di tangga mahkamah...

...Nizar & The Gang tewas kerana sudah kena Daulat Sultan...Pesan kepada Nizar & The Gang, peribahasa lama ada menyebut ” RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH”....DAULAT TUANKU.......fikirkanlah

Monday, May 11, 2009

NIZAR AKA JEBAT MODEN

Apa yang dikhuatiri sudah pun berlaku, keputusan Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Nizar masih MB Perak yang sah. Satu keputusan yang begitu mengejutkan dan memeritkan bagi negara demokrasi berparlimen seperti Malaysia.....

Secara moral dan prinsip, Nizar n the Gang telah berjaya menang dan membuktikan bahawa kerajaan BN berkonspirasi jahat dalam menjatuhkan kerajaan PR Perak...

Nizar n the Gang juga telah menang dalam usaha menderhaka kepada sultan. Keputusan ini akan memberi satu implikasi yang buruk kepada imej Kesultanan Melayu dan persepsi rakyat kepada Sultan semakin negatif.

Nizar kini dianggap Jebat oleh rakyat, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah...hebat sungguh imej Nizar ketika ini yang dilihat hero, pejuang suara rakyat dan dibantu oleh Sivakumar...

Nizar dengan menggunakan kuasa MB yg sah akan seterusnya akan membubar DUN untuk mengadakan pilihanraya sebelum sempat undi tidak percaya diusulkan..Adakah BN berpeluang untuk menang atau mungkin tidak bertanding untuk save duit rakyat...kita saksikanlah

Sunday, May 10, 2009

DUA KALI LIMA = AZIZ & ABDUH

Jika dahulu ketika pemerintahan Pak Lah, ramai yang pro-pembangkang kata UMNO ini parti kroni...anak beranak dan saudara mara adalah yang terpenting dari parti...yang pro-pembangkang kata, KJ menggunakan kedudukan Pak Lah sebagai Presiden UMNO mendapatkan jawatan Naib Pemuda...UMNO hanya sebuah parti yang mementingkan kedudukan anak beranak dan saudara mara berbanding rakyat....kronisme, nepotisme, koruptisme dan macam-macam term yang dicipta oleh pembangkang..

Namun apa dah jadi sekarang kepada PAS, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih....anak kepada pemimpin utama PAS dari golongan ulama telah menyatakan kesediaan bertanding untuk jawatan ketua Pemuda PAS negeri (ditentang oleh Abd Latiff) .....tak kan tok guru nak benarkan anak kesayanganya ini bertanding ?????...apa pula kata ahli-ahli PAS berhubung ketelusan tok guru dalam ISU ini.....tapi jika dilihat dari keadaan sekarang, tok guru kita nie macam tiada masalah jika puteranya ini bertanding..katanya, puteranya berkelayakan, lulusan luar negara dan sudah masa memegang jawatan yg lebih tinggi......lebih cepat lebih baik, senang nanti nak buat peralihan kuasa seorang ayah kepada anaknya untuk jawatan MB Kelantan...khabarnya tok guru tidak mahu berundur dari jawatannya sehingga puteranya ini matang untuk mengambil alih...alasannya mudah, PAS masih belum kuat dan BN masih pegang majoriti...alahai, senang sungguh alasan seorang pemimpin utama PAS yang bergelar tok guru memberikan jawapan...kalau macam tu, sampai mampuih lar orang-orang PAS nak tunggu...

Bertanding atau tidak bukan isunya, apa yang menjadi perkara pokok adalah PAS sebagai parti Islam juga mengamalkan kronisme..yang lebih teruk lagi ia berlaku kepada tok guru dan anaknya....mungkin ini adalah dugaan Allah SWT kepada hambanya...nak lihat sejauh mana hambanya ini telus dan adil dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin.......

Friday, April 10, 2009

LIABILITI DAN ANAK BAPAK

Kabinet baru kerajaan di bawah pimpinan baru telah diumum.Pelbagai spekulasi dan ramalan sudah terjawab..ada yang menepati ramalan dan ada yang jauh tersimpang..Selepas kabinet baru ini diumum, saya dihujani oleh panggilan dari rakan-rakan yang berpuas hati dan ada yang tidak.

Isu paling “HOT” diperkatakan adalah tentang pemilihan Mukhriz dan bukan Khairy..ada rakan saya dari utara tanah air menyatakan beliau bersetuju dengan pemilihan tersebut, memang diketahui beliau adalah penyokong kuat kepada pemimpin Berani Berubah ini,,saya memetik kata beliau, ” biar KJ rasa apa yang di pernah buat dulu semasa zaman Pak Lah, KJ liabiliti kepada kerajaan dan UMNO…bukan dia sorang sahaja yang bijak pandai dalam UMNO, apa kurang Mukhriz, anak bekas kepada negarawan negara….mewarisi bakat kepimpinan bapanya…menyambung,” KJ perlu ada semangat Setiakawan dalam perjuangan”, dengan nada sinis sambil tergelak

Seorang lagi rakan dari Lembah Klang menelefon, mempersoalkan kredibiliti dan ketelusan Najib dalam mengatur Kabinetnya..Menurut beliau, dengan melantik Mukhriz sebagai Timb Menteri, ia seolah-olah menolak dan menidakkan suara perwakilan Pemuda yang mahukan KJ… Kabinet baru ini juga seolah-olah medan membalas dendam Tun M kepada keluarga dan legasi Pak Lah” menurut kata beliau dalam nada emosi dan berbaur kecewa…..Najib juga menurut beliau, terlalu terpengaruh dan dibayangi oleh sokongan dan keputusan Tun M….adalah menjadi satu penghinaan besar kepada Pergerakan Pemuda apabila ketuanya sendiri tidak dilantik ke apa2 jawatan…..

Walau apa pun komen dan kritikan, Najib telah melaksanakan hak dan tugasnya sebagai PM dalam memilih mereka-mereka yang dirasakan boleh bekerja dengannya..Bagi mereka-mereka yang tidak terpilih, terima dengan hati yang terbuka dan tenang, jgn mudah melatah...dan bagi yang terpilih, ini adalah amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat dan ahli UMNO...Perubahan dan survival negara dan UMNO adalah ditangan anda....Entahlah, fikirkanlah

Tuesday, April 7, 2009

2 BUKIT, 5 FAKTOR

Saya telah agak lama menyepi dari menulis, kemungkinan letih atau bosan dengan isu semasa yang retorik. Ada kawan2 menyimpulkan saya sibuk berkempen, tapi sebenarnya saya ingin menulis perkara yang lebih mendalam dan asas dalam perjuangan UMNO sendiri

Semasa saya dalam perjalanan pulang ke rumah malam tadi, tiba2 terlintas di fikiran saya untuk menulis tentang kekalahan ketiga BN kepada PKR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau..Memang telah diduga BN akan ditentang keras oleh parti pembangkang, tapi saya bersikap positif pada awalnya tentang kejayaan BN di dua bukit ini

Mungkin harapan dan ramalan saya ini dipengaruhi oleh faktor peralihan kuasa yang baru berlaku dan penyertaan hero UMNO (TUN) ke pangkuan UMNO. Saya dan beberapa orang kawan telah berada di dua bukit ini dalam masa berkempen,..jika dilihat kepada calon, senario, persepsi penduduk tempatan, persekitaran dan isu2 yang diketengahkan, ia seperti memperlihatkan kemenangan berpihak kepada BN…namun semua itu hanyalah indikator , yang menentukan adalah peti undi itu sendiri dan mood pengundi di saat2 akhir…

Jika kita renungkan punca kekalahan BN pada kali ini di dua bukit ini adalah disebabkan beberapa faktor :

1. Faktor pengundi Cina dan atas pagar yang tidak memihak kepada BN

2. Jentera pilihanraya BN yang kurang efektif dan aggresif, terutama dari sayap Pemuda dan Puteri. Jika dilihat kepada jentera pembangkang di hari pengundian, memang jentera pilihanraya BN nowhere dan tidak memperlihatkan semangat dan kesungguhan.

3. Bilik Gerakan Pemuda BN cukup meriah dan kelihatan cukup mewah..Lambakan kereta2 mewah (macam NAZA World) dan imej elitis yang ditonjolkan Pemuda BN khususnya Pemuda UMNO mengundang rasa inferior dan meluat di kalangan penduduk kampung setempat. Perasaan meluat itu diterjemahkan melalui undi kepada pembangkang.

4. Tiada koordinasi yang mantap dintara jentera pilihanraya BN. Masing-masing dengan strategi dan persepsi tersendiri dalam menentukan kemenangan BN.

5. Pemimpin UMNO setempat yang tidak memberi kerjasama yang baik dan mungkin terselit elemen-elemen sabotaj.

Mungkin 5 faktor saya ini dipandang mudah dan remeh oleh sesetengah cerdik pandai UMNO, namun SESEBUAH KEJAYAAN ITU DICAPAI MELALUI ASAS-ASAS YANG KUKUH...sepertimana kita orang Islam, asas kita adalah berpegang kepada RUKUN ISLAM,...maka kita tidak akan mudah terpesong dari landasan yang sebenar. Apa yang boleh disimpulkan, BN dan UMNO tidak belajar dari kesilapan dan kekalahan yang lalu, kerana faktor-faktor inilah yang juga menjadi punca utama kekalahan BN di Kuala Terangganu.
Saya bersetuju dengan cadangan Timb Presiden UMNO untuk menubuhkan badan bebas dalam melakukan ”POST-MORTEM” kekalahan ini, dan menjadi harapan laporan itu bebas, bernas dan tulen mencari masalah dan faktor kekalahan BN yang sebenar...ini kerana laporan2 post-morterm sebelum ini adalah bias oleh pihak tertentu dan tidak berpijak di bumi yang nyata kerana takut dan menjaga periuk nasi masing-masing....FIKIRKANLAH

Sunday, March 22, 2009

RASUAH NOMBOR WAHID

Masa kini adalah saat yang paling ditunggu oleh semua orang Melayu, tidak kira dari segenap lapisan masyarakat...masing-masing tertumpu kepada Perhimpunan Agung UMNO yang akan menyaksikan satu tranformasi baru kepada parti siasah orang Melayu ini..dari isu peralihan kuasa hingga kepada isu politik wang dalam UMNO.

Pemilihan UMNO seperti kebiasaanya akan menyaksikan isu yang sama berulang, politik wang dan gejala menyogok perwakilan oleh calon untuk menang...adakah perkara ini benar-benar berlaku atau hanya sengaja dihebohkan oleh pihak pembangkang untuk mendapat political mileage...hanya tuhan saja yang tahu..Tetapi sebagai parti politik yang matang, UMNO perlu lebih cool dalam isu ini, jgn panik dan membuat keputusan yang terburu-buru, kerana keputusan sebegini boleh memakan diri...

Isu politik wang dan menyogok ini bukan hanya berlaku dalam UMNO, malah juga berlaku di dalam parti pembangkang...cuba tanya kepada pencipta maha hebat budaya ini, DSA yang mana pernah menggunakan elemen wang dalam menjatuhkan Tun Ghaffar suatu ketika dahulu...semua ahli UMNO maklum, namun nasibnya agak baik kerana ketika itu Lembaga Displin UMNO belum ditubuhkan...secara moraliti, bagaimana pemimpin seperti ini boleh diangkat menjadi ketua nombor wahid pembangkang, ini kita perlu tanya Hadi Awang dan Nik Aziz dalam menjatuhkan hukum kerana mereka kata mereka lebih arif....???????

Friday, March 13, 2009

TERKULAI SEBELUM BERJUANG

Pemilihan UMNO kali ini cukup getir...ia dilihat sebagai titik tolak survival UMNO pada PRU13 atau ia akan terus pupus ditelan zaman...2 jawatan utama yang dilihat sebagai crucial, Presiden dan Timb Presiden yang diharap dapat memberi nafas baru kepada perjuangan UMNO..Najib awal-awal lagi sudah dinobat sebagai pemegang tampok utama oleh PakLah tanpa sebarang pertandingan...Yang menjadi perhatian adalah untuk jawatan No 2 UMNO...tiga muka telah menawarkan diri, satu dari Melaka, satu dari Johor dan satu dari Selangor...
yang mana satu menjadi pilihan perwakilan?????..bisik-bisik dari sumber yang boleh dipercayai menyatakan, adakah ketiga-tiga calon ini akan berentap hingga ke hari pemilihan atau ada yang tersungkur sebelum pemilihan....kemungkinan akan berlaku kejutan yang maha dashyat di dalam pemilihan kali ini....kita tunggu dan lihat percaturan politik yang cukup mendebarkan...makin panas dari biasa.....kepada semua ahliUMNO, kita perlu ingat sebelum berbuat sesuatu....jgn kita lupa 3 plihanraya kecil akan berlangsung....jgn kerana nak berada selesa di tampok kuasa, kita sanggup main kotor....adakah ini satu agenda pihak tertentu atau...................fikirkan lah

Wednesday, March 11, 2009

sok-sek pemilihan

Meyuarat agung umno akan berlansung tak lama lagi..perwakilan masing-masing sibuk untuk persiapan ke PWTC..ada yang happy, dan ada yang excited untuk menghadiri mesyuarat tahunan ini..tapi dalam kesibukan persiapan, perwakilan perlu juga menyiapkan diri dari segi mental dan rohani...jgn mudah terbeli dan dibeli, undi anda penentu masa depan negara..pilih calon yg benar2 layak...kerana pada waktu ini ada wakil-wakil calon yang sibuk melobi tidak kira apa cara sekalipun...ingat SPRM juga sedang memerhati kita...beringat, duit bukan segalanya...perjuangan kali ini adalah antara MARUAH dan juga RASUAH....renungkanlah wahai perwakilan UMNO sekelian...

Tuesday, March 10, 2009

salam setiakawan

salam kepada bloggers..dare to change